Bila aku dah ke dapur..ni lah jadinya..walaupun aku tak boleh makan..tapi mereka2 yang kat rumah suka makan si ketam ni... so..aku pun senang hati masakan untuk mereka..hehheeee..
cara aku masak senang je..tak bubuh bahan yang pelik2 pun..tapi licin juga.. :):)
::Resepi::
2kilo ketam (tak kisah apa jenis ketam)
20btg cili kering (nak lebih pun tak pe)
Halia
2sudu serbuk kunyit (guna kunyit basah pun tak pe)
3biji bawang besar
7ulas bawang putih
3batang serai (di titik)
daun limau purut (tak letak pun tak pe)
santan / air / minyak makan
garam / ajinomoto/ gula (semuanya secukup rasa ok)
::Caranya::
1) Blender::lada kering,bawang putih,bawang besar,halia
2) panaskan minyak dan tumis bahan blender n kunyit sehingga naik minyak
3) masukan air dan serai (biar sehingga mendidih)
4) kemudian masuk garam,aji n gula..(ikut suka korang nak bubuh bnyak mane)
5) rasa dah cukup sedap baru le masukan ketam (golek2 kan kejap n tutup)
6) bila da mendidih baru masukan santan dan limau purut
Tips penting::: Bila dah masuk santan korang kena kacau sampai mendidih sekali lagi..jangan di biarkan..bila d biarkan ini boleh jadikan santan tu pecah minyak..
Dah siap..apa tunggu lagi..hidang ler...(tu pun nak ajar ke) heheehee..
4 ulasan:
emm..menyelerakan. favourite anak-anak ibu ni. ketam mmg sedap tapi nak makan tu payah sikit.
kalau senang jenguklah ibu disini.
http://IzaIsmail.com
*drooling!lama dah xmkn ketam..huhu..nice post!!
jemput singgah sini.. :D
http://shazrinmraz.blogspot.com/2013/01/kisah-cinta-pak-imam.html
@Norliza Ismail ha ah ibu..ketam mmg best..ibu masak lah..t jemput ayu...hehehee... ok ibu..ayu pasti jenguk..
@Mohd Shazrin lorrr cian ner dia...hehehe ...ok jap g terjah..:)
Catat Ulasan