Pizza Apam Bluberry & Strawberry

Agak nampak pelik tak ?? aku bagi nama Ni pizza apam bluberry n strawbery.. hehehee..
pertama kali aku buat..mulanya nak buat cekodok je..tapi bila dah bancuh..rasa malas nak menggoreng..dan bermain minyak dengan kuali bagaii..
so dengan kemalasan yang ada..timbul pulak idea nak buat ni.. campak dalam loyang..koding2 kan dengan  filling bluebery n strawbery..bakar..kerja mudah...heheheee...
tak sangka..menjadi pulak..
korang nak cuba?? aku kongsikan resepi kat bawah sekali.. try ler..:p :p :p



::Resepi::

1/2kilo tepung gandum (di ayak)
1 peket mauripan
garam
gula
air suam

::caranya::

1) Larutkan mauripan,garam,gula dengan air suam
2) dah larut,,tuang ke dalam tepung dan kacau sehingga sebati
( adunan jadi macam korang nak buat cengkodok tu..tp jgn cair sangat ok )
3) biar seketika sampai nampak naik adunanya..
4) masuk dalam loyang dan letak ler fiing stawbery n blubery
( terpulang banyak mana korang nak letak ok )
5) bakar pada suhu 150c .. Api atas bawah

Tips::: nak tahu dah masak ke belum..ambil lidi sate dan cucuk tengah2 adunan..agak tak ada melekat kat lidi tu maknanya dah masak tauuuu..:):)

selamat mencuba

2 ulasan:

sis92 berkata...

benda senang tapi kalau dah malas, tak jadi jugak. haha.
happy 2013!

Gadis Desa berkata...

@sis92mmg punnnn...heheh