APA ITU ASMA?
PENCETUS SERANGAN ASMA
- ASMA ialah penyakit kronik saluran pernafasan di dalam paru-paru..
- ASMA melibatkan penyempitan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru,yang yang membawa kepada kesukaran bernafas..
- Saluran pernafasa pesakit asma sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu yang boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit..
PENCETUS SERANGAN ASMA
- Alahan kepada habuk,debu,debunga dan bulu binatang..
- Merokok dan menyedut asap rokok..
- Makanan tertentu seperti kacang,ais dan susu..
- Perubahan cuaca..
- Aktiviti fizikal atau senaman keterlaluan..
- Tekanan perasaan..
- Jangkitan saluran pernafasan,batuk dan selsema..
- Ubat tertentu seperti aspirin dan beta-blocker..
GEJALA ASMA
- Batuk terutamapada waktu malam atau sejuk..
- Susah bernafas..
- Nafas berbunyi (wheezing)..
- Rasa ketegangan di dada..
KAEDAH PENGGUNAAN INHALER
- Tanggalkan penutup dari corong mulut INHALER..
- Pegang INHALER di antara ibu jari dan jari telunjuk serta goncangkan..
- Tarik nafas dan hembuskan nafas perlahan-lahan melalui mulut dengan sepenuhnya..
- Letakkan corong INHALER ke mulut.tutup bibir rapat di sekeliling corong INHALER.Dongakkan kepala sedikit ke belakang..
- Tekan INHALER sambil sedut perlahan-lahan dan tahan pernafasan selama 5-10 saat (mengikut kemampuan)
- Keluarkan INHALER dari mulut dan hembus keluar nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa membuka mulut..
- Tunggu 1 minit sebelum mengulangi dos kedua..
- Kumur mulut selepas menggunakan INHALER..
KESILAPAN BIASA DALAM PENGGUNAAN INHALER
- Tidak menahan nafas selepas menyedut ubat..
- Tidak bernafas keluar sebelum penyedutan.Alasan untuk bernafas keluar adalah untuk menambah kuantiti ubat yang memasuki paru-paru kerana masa sedutan akan menjadi lebih lama..
- Salah anggap yang bermaksud 2 penyedutan sebagai menekan INHALER 2 kali apabila tarik nafas..
- Tidak menekan INHALER ke bawah serentan dengan tarik nafas..
UBAT-UBATAN
A: Ubat melegakan pernafasan (pelega)
Ubat ini dapat melegakan pernafasan atau serangan asma dan patut di gunakan apabila perlu sahaja..
CONTOH UBAT::: Salbutamol
Terbutaline
Fenoterol
Ipratropium bromide
B: Ubat pencegah asma (pencegah)
Ubat ini dapat mencegah gejala-gejala asma dan serangan asma ,apabila serangan asma adalah kerap dan teruk ,ia perlu di gunakan setiap hari..
CONTOH UBAT::: Beclomethasone
Budesonide
Fluticasone
Sodium cromoglycate
Theophylline
C: Ubat tambahan lain
CONTOH UBAT::: Salmeterol
Ubat ini dapat melegakan gejala asma untuk tempoh yang lebih lama,seperti
sepanjang waktu malam..
Montelukasi
Ubat ini boleh dimakan dan di gunakan jika difikirkan sesuai oleh dokter untuk
pesakit asma yang juga mengidap alahan seperti Alergie rhinitis
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan