Tips Kesihatan:Keracunan Makanan


KERACUNAN MAKANAN::

Keracunan makanan berlaku akibat memakan makanan atau meminum minuman yang di cemari bakteria,virus,organisma-organisma lain,bahan kimia,tumbuhan atau ikan yang beracun..

Bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan melalui infeksi (penambahbiakan bakteria yang banyak) atau intoksikasi (racun yang di hasilkan bakteria) di dalam makanan/minuman atau di dalam usus mangsa..

TANDA-TANDA DAN GEJALA Keracunan Makanan::

Mangsa keracunan makanan akan mengalami gejala-gejala berikut secara tiba-tiba;;
Loya/pening,muntah,cirit-birit,sakit di bahagian abdomen (perut).demam dan dehidrasi..

Kanak-kanak,warga tu dan sesiapa yang berdaya tahan rendah lebih mudah menghidapi penyakit ini.Jangkitan yang teruk akan mengakibatkan demam yang kuat dan mangsa mungkin memerlukan rawatan di hospital..

Mula Sakit      :::: 2-72 jam selepas makan/minum
Tempoh Sakit ::::Beberapa jam hingga 7 hari

SEBAB BERLAKUNYA Keracunan Makanan

1:: Pengendali Makanan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan

-Mereka menjalankan kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan yang kotor,kuku yang kotor dan panjang,rambut tidak terurus serta tidak memakai pakaian yang sesuai..
-Mereka membiarkan premis makanan mereka kotor dan tidak membuang sampah sarapdengan sempurna..
-Tidak menutup makanan
-Tidak mempunyai kemudahan mencuci tangan dan tandas yang sempurna
-Memegang/menyentuh makanan semasa menghidang atau mengendali makanan
-Menghisap rokok,batuk dan meludah semasa menyedia atau mengendalikan makanan

2:: Makanan yang tidak di masak dengan sempurna

-Terdapat banyak mikro-organisma berbahaya di dalam bahan makanan yang berprotin tinggi seperti    daging,ayam,telur,makanan laut dan hasil tenusu,terutamanya semasa dalam keadaan mentah..

-Bakteria yang biasa di kaitkan dengan keracunan makanan adalah::
salmonella,staphyloccocus aureus,bacillus cereus,clostridium perfringens,camphylobactor, dan listeria monocytogenes..

-Daging dan ayam beku daripada peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan di masak secukupnya untuk memastikan bakteria yang berbahaya itu terhapus..
 
-Elakkan memakan makanan berprotin tinggi yang tidak di masak secukupnya atau lama di biarkan pada suhu bilik..

3:: Penyimpanan makanan yang sudah di masak

-Bakteria boleh menambahbiak dengan cepat pada suhu bilik.Makanan yang disediakan awal perlu di simpan di dalam peti sejuk untuk meminimakan penambahbiakan bakteria..

-Makanan yang di makan panas mesti di simpan pada suhu tetap tidak kurang daripada 60c,manakala makanan yang di makan sejuk pula mesti di simpan di peti sejuk pada suhu di bawah 40c..

-Adalah satu perbuatan yang salah jika pengusaha premis makanan memanaskan semula makanan yang telah lama disimpan pada suhu bilik.Perbuatan ini TIDAK akan menghapuskan bakteria/kuman penyebab keracunan makanan..

-Berwaspadalah terhadap pengendali makanan yang menjual makanan yang tidak selamat dengan cara hidangan yang menarik..

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGELAKAN KERACUNAN MAKANAN?

1:: Makan di premis makanan yang bersih.sijil penilaian daripada PIHAK BERKUASA TEMPATAN boleh di jadikan panduan ubtuk memilih tempat makan,Jauhi restoran,gerai,warung,penjaja atau sebarang premis makanan yang kotor..

2:: Makanlah makanan yang di masak secukupnya.Jangan memakan makanan yang lama terbiar atau terdedah..

3:: Berhati-hatilah apabila memakan makanan yang separuh masak terutamanya makanan laut..

4:: Minumlah air dari sumber yang bersih dan selamat..


Kebersihan Perlu Di Utamakan Walau Dalam Apa Jua Keadaan

2 ulasan:

al_hakim berkata...

kalau perut kebal jenis tong sampah punya, masuk la ape pun. sure tak keracunan kan?haha

Unknown berkata...

@al_hakim
nasib le tuuu...heheee