Terdapat
beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara
kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika
dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika
menghafal 10 ayat terawalnya.
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.(HR Muslim 809)
Zikir Hari Jumaatيَا الله
5 ulasan:
@Ayie Abas.. salam kenalan kembali..trima kash ea.. surah yg mempunyai 110 ayat..
surah yang dibaca pada malam jumaat dan diwaktu siangnya. :)
@Azar Azlan benar:):)
Subhanallah. Artikel menarik sekali.
Salam kenal dan salam persaudaraan dari blogger Indonesia
@Oki Andriyanto.. mekasih ea..slm kenalan kembali dari saya blogger malaysia:)
Catat Ulasan