Kanser Serviks
Apa itu SERVIKS??
* Serviks adalah pangkal rahim.
* Rahim merupakan bahagian dalam badan wanita
di mana bayi membesar.
Apa Itu KANSER SERVIKS??
Kanser serviks atau kanser Pangkal Rahim adalah
keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara
tidak normal dan berkembang menjadi kanser.
Apakah Penyebab Kanser Serviks??
Penyebab kanser serviks tidak di ketahui tetapi faktor-faktor
risiko untuk mendapat kanser serviks adalah seperti berikut::::
* Jangkitan human popilloma virus (HPV) melalui hubungan seks.
* Ramai pasangan seks.
* memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun.
* Merokok.
* Sejarah jangkitan penyakit kelamin.
Siapakah Yg Berisiko??
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks
Apakah Gejala-Gejalanya??
* Faraj berair dan berbau.
* Pendarahan melalui faraj antara haid.
* Pendarahan dari faraj lepas putus haid.
* Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks.
* Sakit semasa hubungan seks.
JIKA ADA ... SEGERALAH BERJUMPA DENGAN DOKTER
Bagaimana Mencegahnya??
*
Melakukan ujian saringan PAPSmear setiap 3 tahun.
* Amalkan hubungan seks yang sihat.
* Tidak merokok.
Bagaimana Mengesannya??
* Melakukan ujian PAP Smear.
* PROSEDUR KOLPOSKOPI
Sejenis mikroskop khas di gunakan untuk melihat dinding serviks
secara langsung.
* PROSEDUR BIOPSI
Pengambilan sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan makmal.
Apakah Rawatan Kanser Serviks??
(/) PERINGKAT PRA KANSER
Pembedahan kecil dapat menyembuhkan dengan sempurna.
(/) PERINGKAT KANSER
* Pembedahan
* Radioterapi
********************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan