Senaman



 
 
SENAMAN
Satu pergerakan badan yang terancang,
berstruktur dan berulang-ulang yang di lakukan 
bagi tujuan meningkatkan dan mengekalkan tahap
kecerdasan fizikal.
CONTOH SENAMAN
* Berjalan cepat
* Berjoging
* Berbasikal
* Senamrobik
KEBAIKAN SENAMAN
* Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.
* Menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan
  sistem salur darah.
* Meningkatkan fungsi paru-paru.
* Membantu organ penghadaman dan perkumuhan.
* Meningkatkan koordinasi antara saraf dan otot.
* Mengekalkan berat badan yang ideal.
* Menyumbang kepada postur dan penampilan diri.
* Meningkatkan produktiviti dari segi fizikal dan mental.
* Mengawal penyakit kronik seperti diabetes,jantung dan hipertensi.
* Menguatkan dan mengekalkan bentuk tulang dalam badan.
* Mengurangkan risiko/osteoporosis.

CONTOH PROGRAM SENAMAN

1. Fasa Memanaskan Badan 10-15 minit
    
    * Senaman regangan
    * Senaman kalisterik
2. Fasa Aerobik  20-40 minit
    * Berjalan,berjoging,berbasikal atau senamrobik.
3. Fasa Pemantapan Otot  10-15 minit
    * Tekan tubi.
    * Bangun tubi.
    * Senaman keseimbang,kelenturan.
    * Senaman bahagian belakang.
4. Fasa Menyejukan Badan  10-15 minit
    * Senaman ringan.
    * Senaman kelonggaran.
    * Senaman regangan.
Bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.
AKTIVITI FIZIKAL YANG BOLEH DI LAKUKAN
Terdapat berbagai jenis aktiviti fizikal yang boleh
di lakukannya.Antaranya ;
    * Berkebun.
    * Mengemas rumah.
    * Mencuci kereta.
    * Bermain dengan anak-anak.
PANDUAN SENAMAN

Bersenam mengikut matlamat yang ingin di capai.
contoh jika mahukan otot yang mantap, lakukan regangan.

Bersenam secara tetap.Bersenam secara konsisten adalah kunci bagi 
meningkatkan kecerdasan.

Mulakan senaman yang ringan kemudian terus kepada
yang lebih berat.Ini bertujuan memberi peluang kepada tubuh badan 
untuk menyesuaikan keadaan kepada senaman.

Lakukan aktiviti pemanasan dan menyejukkan badan sebelum
dan selepas bersenam.Aktiviti sebegini dapat meningkatkan kesediaan tubuh 
daripada keadaan rehat kepada aktiviti secara beransur-ansur.

Peka dengan keadaan tubuh anda.Pastikan tubuh serta fizikal anda 
sihat sebelum melakukan senaman.

Bersenam bersama rakan.

Bersenam mengikut kaedah serta mengikut jadual yang betul.


BERSENAMLAH DENGAN SELAMAT 

Pastikan Anda....

* Memanas dan menyejukan badan sebelum dan selepas bersenam.
* Memakai pakaian yang ringan dan longgar.
* Memakai kasut yang sesuai dan selesa.
* Banyakkan minum air selepas bersenam.

Jangan Bersenam....

* Jika anda berasa tidak sihat.
* Ketika cuaca panas, gelap atau adanya pecemaran udara.
* Dalam masa 2 jam selepas makan.


AWAS......
Jangan mandi selepas bersenam, mandi setelah badan anda
berasa sejuk dan peluh telah kering.
Berhenti segera jika anda berasa semput atau sakit dada ketika
bersenam.
Jika anda berjoging di jalan raya, lakukannya dengan berlari arah 
bertentangan kenderaan bergerak.
Elak berjoging di jalanraya yang sibuk.
**********************************************************************************
Photobucket

Tiada ulasan: