Koleksi Kata UAI

 
Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah SAW. bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.


 
Siapa ingat kata2 ini Di Ambang 2013 Dataran Shah Alam) ♥

 
Alhamdulillah, sejuk mata memandang. Ambang 13 ditutup dengan bacaan Asma ul-Husna..permulaan tahun baru 2013 yang sangat indah.

  
Anak di Gaza: berani syahid untuk mempertahankan bumi Gaza dari tempat mereka kena serang..walapun masih kecil lgi..
Anak di Malaysia: Ibu nak iPad... Ayah nak Ps3.. Ibu & Ayah nak Iphone5.. ( Ala ibu ni nak iPad pun tak bgi terdekut* )
*Realiti semakin hari semakin mewah & senang anak2 kecil ini dimanjakan dengan gadjet..


# Jika manusia mengecewakanmu, JANGAN BERDUKA kerana Allah selalu menunaikan harapanmu.
Jika manusia menzalimimu, JANGAN BERDUKA kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu.
Jika manusia melukaimu, JANGAN BERDUKA kerana Allah sentiasa menetapkan penyembuh buatmu.
Jika manusia menyayangimu, KETAHUILAH bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak pernah menandingi cinta Allah terhadapmu. :) #

 
 





 


 


 

Ok..takat ni dulu..inshaAllah akan di update lagi...  :)

4 ulasan:

Unknown berkata...

Kata kata semangat dan nasihat :)


Hadiah wang tunai RM100 ! Jom jom :D

http://nadyabubble.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

Bunda_nora berkata...

assalam, salam perkenalan dari bunda..

Unknown berkata...

@Nadya BubbleOK :):)

Unknown berkata...

@kak norawaalaikumusalam wbt..salam pekenalan juga dari saya..:)