Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran... Cara Rasulullah Melayani
Isterinya
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya
sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap
kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan
‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan
rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat
ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4)
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu
aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut
wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa
engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia
tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan
alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul
teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda
bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah
lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda
menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda
antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan
mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar
yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya
Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya
Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang
sakit…’ desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk
menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya
Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab
dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau
korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH
nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’
‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa
canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis,
miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang
dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut
perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan
dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari
yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12)
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih
lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya
Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah,
bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi
hamba-Nya yang bersyukur.’
~bersama kita membacanya~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan