Mak




(bila tengok2 diary lama saya...ni catatan yg saya tulis..masa tu arwah mak dah 5 bulan pergi mengadap ILAHI..saja saya update kan ke dlm blog ni..sudi2 kan lah baca..)
******************************************************

kul 4am..mataku masih tak dapat ku lelapkan.apa yang ada dalam fikiranku,aku sendiri tak tahu..sanggap dah berkali,tapi masih juga tak mahu tido..apa sudah jadi ni..alahaii...arwah mak..hmmm..aku merinduinya..5bulan dah mak meninggalkan aku..mak pergi untuk selamanya..sebak di hatiku merindui mak ALLAH saja yang tahu..airmata mula mengalir..adehhh..mudah sangat ia membasahi pipiku ini..teringat aku gurau senda gelak tawa bersama mak..mak yang sentiasa menyayangi aku,selalu menjaga aku,mak yang banyak menasihatkan dan sentiasa mengingati aku "KEHIDUPAN TAK SEMUA SEMPURNA,KEHIDUPAN TAK SELAMANYA BERKEKALAN,WALAU HANYA DENGAN SEBUTIR NASI JIKA BERSYUKUR,KITA TETAP BAHAGIA..KEHIDUPAN KITA TETAP DI RAHMATINYA.."
mak yang banyak membimbing aku..mendidik aku..walaupun mak bukanlah mak kandungku,tapi kasih antara kami tak pernah membezakan antara satu sama lain..mak terlalu baik..sejak bonda meninggalkan aku,mak lah yang menjaga aku penuh kasih dan sayangnya..sebab tu aku tidak akan dapat terima jika ada yang mengata atau menghina mak..aku akan membenci orang itu jika dia cuba berbuat begitu,walau siasapun dia...
mak menyayangi aku lebih dari segalanya.apa aku buat,ke mana aku pergi mak akan sentiasa ambil tahu.tapi aku tidak pernah merasa rimas dengan cara mak mengawal pergerakan aku,malah aku bersyukur ada mak yang cukup mengambil berat kehidupan aku..aku akui diri seorang yang degil..aku tidak pernah mengendahkan perasaan orang lain.bagi aku memadai dengan adanya mak dalam hidup aku.mak yang sentiasa ada saat suka dan duka ku...walaupun mak sering aku tinggalkan kerana tugas kerjaku yang tak menentu..kadang-kadang berhari juga mak tinggal bersendirian..namun kami tetap berhubung,walau sesibuk manapun aku..hinggalah ke satu masa aku dapat tahu mak sakit..
mak merahsiakannya dari aku..bertahun mak menanggungnya,tak seorang pun yang tahu..hinggalah saat terakhir mak menghembuskan nafas terakhirnya..
aku tak dapat terima pemergiaan mak tika itu..setiap malam aku merinduinya..aku dapat merasakan mak sentiasa ada..ada denganku..sentiasa dapat raskan pelukan mak..mak hanya hilang di pandangan mataku,tapi di hati mak kekal abadi kini dan selamanya..ayu ridukan mak..ayu rindu..titisan airmata semakin deras membasahi pipiku saat ni..hanya sekalungan doa buat mak yang tak pernah aku lupakan di setiap solatku..selagi ada hayatku,akan terus ku berdoa untuk mu....semoga mak sentiasa bersama orang-orang yang beriman....AL-FATIHAH..AMIN...


^^hingga kini dan salamanya..hingga aku menutup mata..nafas terakhirku..mak yg ku sayang^^

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

al fatihah..