KerAnA MuLuT!! bEriNgaT LaH...

Salam..
kadang manusia sukar nak terima kenyataan hidup.kenapa kan?? mungkin kerna kata hati lebih menguasai akal yang di beri untuk berfikir mana yang baik dan tidak.Atau hanya mengikut nafsu agar dapat kepuasan untuk diri sendiri padahal apa yang di buat nya itu boleh meng'aib'kan orang lain.. adakah adil sikap sebegini??
Tuduhan yang di lemparkan pada aku amat menyakitkan..sungguh aku amat kecewa dengan apa yang di katakan.namun aku kuatkan rasa hati ini.aku terima apa yang di lemparkan kerna aku yakin ALLAH Maha Mengetahui seagalanya.
orang mungkin sesedap mulut bercerita dan seenaknya lah dosa yang dia dapat bertimbun2.Jika aku tidak memaafkan nya apalah yang akan terjadi kan..Aku tahu apa yang aku buat..sejauh mana aku rasakan ia satu kebenaran tentang hidup aku sendiri.apalah yang nak di layan orang macam tu kan.dia hanya tahu berkata je..hanya tahu menyedapkan mulut dia bercerita..mana tahu dapat menang 'award' nantikan..dan dapat title 'pencerita mulut terbaik' ahaksss ~_~ .. dan aku menDOAkan agar dia dapat 'menjawap' di sana nanti.. semuga bersedia dengan apa yang akan di lalui..
Apapun aku amat berharap dia sedar akan apa yang telah di lakukan..kita sesama insan jangan lah ada sikap sebegitu..apatah lagi seagama..dan sepatutnya dia tahu dan faham berdosanya menjatuhkan 'fitnah' pada orang..bertambah lagi tanpa usul periksa akan sesuatu tu..hanya kerana rasa sakit di hati melihat kebahagiaan ku tapi jangan lah sampai jadi macam tu..
kau juga mampu bahagia..kebahagiaan milik setiap insan..begitu juga kematian..
Tak siapa boleh menghalang atau memisahkan dua hal ini melainkan ALLAH..jadi carilah kebahagiaan untuk diri kau sendiri.....kita hidup bukan untuk selamanya..seandainya aku 'pergi' dahulu tanpa memaafkan apa yang telah kau buat..mohonlah taubat padaNYA..moga terampun segalanya...




*^JaGaLaH sEtIaP kAtA2 bIcARa..KeRaNa MuLut bAdAn bInaSa^

Tiada ulasan: